I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 23 May 2011

Murid Itu Amanah Rasul Pada Seorang guru

  Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat - sahabatku ,segala puji bagi allah s.w.t kerana memberi kita nikmat paling besar iaitu nikmat iman dan islam ..Selawat dan salam buat junjungan besar nabi muhammad s.a.w sebagai penghulu ummat manusia dan juga buat keluarga dan sahabat - sahabat baginda yg menjadi penegak survival ummah dan penegak kepada keadilan agama allah ... ALhamdulilah , ALhamdulilah , ALhamdulilah kerana diberi rezeki dan amanah oleh tuhan sekalian alam untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang  " guru ".


Sebelum aku memulakan titipan ini , aku ingin berkongsi video sebagai pembuka bicara :


   # LAGU GURU : -
                 
           
                     
 # LAGU IPG :-

               




 # LAGU   IQRA :-
                               

  Guru merupakan manusia tidak asing lagi bagi kita . guru adalah orang yang mengajar kita membaca dan mengira . Islam mementingkan proses pembelajaran dari semua peringkat umur tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin , cantik atau hodoh , proses pembelajaran  adalah wajib bagi setiap muslim lelaki mahupun wanita . Disini saya ingin berkongsi hadis mengenai kelebihan dan tanggungjawab seorang guru :-
  • HADIS 1 : SAMPAIKAN ILMU WALAUPUN SEDIKIT 
Daripada Abdullah B Umar berkata : Rasulullah S.A.W bersabda :
" sampaikanlah apa yang kamu dengar daripadaku walaupun hanya satu ayat. Dan sampaikan
daripada apa yang kamu dengar daripada Bani Israil , maka tidak mengapa yang demikian itu. 
Dan barangsiapa secara berbohong atas namaku maka hendaklah ia menyediakan dirinya masuk 
dalam api neraka " 

  • HADIS 2 : KELEBIHAN  MENGAJAR IMU 
Daripada ibnu Mas'ud r.a berkata : Rasulullah S.A.W bersabda : 
" Semoga Allah memberikan kebaikan dan keindahan akan seorang yang mendengar daripada kami sesuatu lalu ia menyampaikannya kepada orang lain.Maka barang kali orang yang mendengar itu lebih mengambil manfaat daripada orang yang menyampaikannya." 

  • HADIS 3 : SAMPAIKAN ILMU YANG SESUAI DENGAN PENDENGARNYA 
Daripada Sahal B. Said r.a berkata : Rasulullah S.A.W bersabda :
" Kebaikan itu laksana beberapa gudang . Dan bagi gudang - gudang itu ada anak kunci.maka untung sekali bagi seseorang hamba yang telah dijadikan allah sebagai anak kunci bagi kebaikan ,penutup bagi kejahatan. Dan celaka bagi seorang hamba yang menjadi anak kunci bagi kejahatan , penutup bagi kebaikan ." 

  • HADIS 4 : MURID ITU AMANAH RASUL PADA SEORANG GURU 
Daripada Abi Harun Al Abdi r.a berkata : kami sering datang menemui Abi Said Al - khudri r.a beliau berkata : selamat datang wasiat Rasulullah s.a.w kerana sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda 
bagi kami : " sesungguhnya umat manusia akan datang mangikuti kamu , dan sesungguhnya orang ramai akan datang menemuai kamu dari seluruh dunia. mereka datang untuk belajar ilmu agama daripada kamu.
oleh itu , apabila mereka datang , maka wasiat ku pada kamu hendaklah kamu melayani. " 

  • HADIS 5 : JANGAN MENYEMBUNYIKAN ILMU 
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : 
" barangsiapa ditanya sesuatu ilmu lalu ia menyembunyikannya , maka ia akan dikekang pada hari kiamat nanti dengan kekang daripada api neraka. " 

  • HADIS 6 : PAHALA YANG BERTERUSAN 
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Nabi s.a.w bersabda :
" Apabila mati seorang anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali 
yang datang dari tiga sumber. pertama sedekah jariah , kedua ilmu yang memberi manfaat 
ketiga anak yang soleh yang mendoakan baginya " 

  • HADIS 7 : MENGAJAR ITU SEDEKAH YANG PALING BAIK 
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Nabi s.a.w bersabda :
" sebaik - baik sedekah itu bahawa muslim itu belajar akan sesuatu 
ilmu kemudian dia mengajarkannya akan saudarnya yang muslim." 

  • HADIS 8 : HATI - HATI BILA MENYAMPAIKANNYA 
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : 
" Aku telah ingat daripada rasulullah s.a.w dua jenis ilmu . adapun yang pertama 
maka telah aku sebarkan kepada kamu semua ( para tabi;in ) . adapun yang satu lagi ,
seandainya aku sampaikan kepada kamu nescaya akan dipotong leherku ini "

ini antara hadis yang dapat aku kemukan disini  , sekian sahaja buat kali ini .... hayatilah maklumat diatas dengan hati yang terbuka ...... ~~~ GURU~~~



1 comment:

  1. bagus kamu....................keep on updating ur blog....

    ReplyDelete